Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama rasanya saya tak update blog saya ni. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2011. Semoga apa yang anda semua dan saya rancangkan tahun baru ini, bakal tercapai.
Tahun 2011 ni, impian saya ialah untuk membuka butik andaman. Beberapa langkah yang perlu dilakukan telah dilaksanakan antaranya, mendapatkan pakaian pengantin dan aksesori.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya sebenarnya turut mengambil tempahan menjahit baju. Terbaru saya menjahit baju untuk saudari Siti Nor Aishah Mohamad iaitu baju akad nikah dan untuk persandingan beliau. Terima kasih saya ucapkan kepadanya yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menyediakan pakaian penting untuk perkahwinannya. Selamat Pengantin Baru Aishah dan pasangannya Shahrul 29 Januari 2011!
Salam Tahun Baru 2021
3 years ago
No comments:
Post a Comment