Salam Sejahtera
WELCOME TO MYdiana-manik.blogspot.com.
Semoga anda berpuas hati dengan bahan-bahan yang dipaparkan.
Baju Kebaya dipadankan dengan Kain Selisih
Baju Tiga Serangkai (cantuman Baju Kurung Riau, Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Pesak Gantung) dipadankan dengan Kain Lipat Batik
Baju Kurung Pesak Gantung Dipadankan dengan Kain Susun
Baju Kurung Moden dipadankan dengan Kain Lipat Batik
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama rasanya saya tak update blog saya ni. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2011. Semoga apa yang anda semua dan saya rancangkan tahun baru ini, bakal tercapai.
Tahun 2011 ni, impian saya ialah untuk membuka butik andaman. Beberapa langkah yang perlu dilakukan telah dilaksanakan antaranya, mendapatkan pakaian pengantin dan aksesori.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya sebenarnya turut mengambil tempahan menjahit baju. Terbaru saya menjahit baju untuk saudari Siti Nor Aishah Mohamad iaitu baju akad nikah dan untuk persandingan beliau. Terima kasih saya ucapkan kepadanya yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menyediakan pakaian penting untuk perkahwinannya. Selamat Pengantin Baru Aishah dan pasangannya Shahrul 29 Januari 2011!
Jahitan Langsir
Saya turut menyediakan perkhidmatan menjahit langsir. Harga yang dikenakan adalah RM6 semeter bagi jahit lurus(badan) dan RM20 bagi setiap satu scallop. Bagi yang berminat boleh menghubungi saya di talian 019-2616009 atau ndianamanik.yahoo.com.